BDQ – Tadabbur Surah Surah Al An” am Ayat No.90

Tadabbur oleh Cik

Maksud ayat ini ialah : Mereka itulah orang yg telah diberi petunjuk oleh Allah make ikutilah petunjuk mereka, Katakanlah ‘ Aku tidak meminta upah drpd kamu dalam menyampaikan (Al-Quran)’ Al-Quran itu tidak lain hanyalah tidak lain hanyalah peringatan untuk ( segala umat) seluruh alam

Apakah Tadabbur dari Cik:
Allah telah memberi petunjuk, maka ikutlah petunjuk mereka. Sesungguhnya Allah tidak meminta, upah utk menyampaikan Al

Tazakkur dari Cik

Peringatan: Ingat Cik, Allah telah memberi petunjuk kpd org-org yg dikehendaki dan Allah juga tidak meminta upah utk menyampaikan Al Quran dan ianya juga menjadi peringatan kepada segala umat seluruh alam.

Penawar: Leganya, Allah akan memberi petunjuk kpd saya sekiranya saya membaca dan mengamalkan peraturan yang terkandung dlm Al-Quran.

Petunjuk: Saya jelas untuk terus beramal dan mendalami apa yg terkandung didalam Al-Quran.

Rahmat:Ya-Allah Ya-Rahman. Aku berlindung kepadaMu dari segala lintasan yang atas asbabnya aku terlalai dan alpa untuk membaca dan menghayati Al-Quran. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku berserah. Aamiinn..

Advertisement

BDQ – Tadabbur Surah Yasin Ayat Ayat 69

Tadabbur oleh Ummi

Maksud ayat ini ialah : Dan kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya, Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang jelas

Apakah Tadabbur dari Ummi:
Ayat ini menjelaskan al quran adalah kitab Allah yg di wahyukan pada Nabi Muhammad, bukanlah ciptaan Nabi

Tazakkur dari Ummi

Peringatan: Ingatlah wahai aliza bahawa Al quran adalah kalam Allah yg di utuskan pada Rasulullah. Alquran bukan lah syair ciptaan manusia

Penawar: Lega rasanya bila tahu Alquran ini adalah kata-kata Allah yang menjadi mukjizat Nabi Muhammad paling Agung

Petunjuk: Jelaslah bahawa nabi Muhammad bukanlah seorang penyair yang boleh mencipta syair sebagaimana al quran
Yakinlah al quran adalah Kalam Allah

Rahmat:YA Allah ya Rahman, Ya Alim, Ya rasyid ampunkan dosan2ku, dosa kedua2 ibu bapaku seluruh kaum muslimin dan mislimat

BDQ – Tadabbur Surah Surah Al An’am Ayat No 83

Tadabbur oleh Cik

Maksud ayat ini ialah : Dan itulah hujah yang Kami berikan kpd Ibrahim untuk menghadapi kaumnya. Kami tinggikan beberapa darjat pada siapa yg Kami kehendaki, Sesungguhnya Tuhanmu Maha bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Apakah Tadabbur dari Cik:
Allah telah memberi hujah-hujahnya kpd Ibrahim untuk menghadapi kaumnya. Allah juga akan meninggikan beberapa darjat kepada sesiapa yg dikehendaki. Sesungguhnya Allah maha bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Tazakkur dari Cik

Peringatan: Ingat Cik. Allah boleh dan akan tinggikan darjat kepada sesiapa yg Dia kehendaki.

Penawar: Leganya saya, jika saya terus beriman dan beramal dengan Al-Quran, Allah boleh naikkan darjat saya.

Petunjuk: Saya jelas untuk terus berusaha memperbaiki amalan saya seperti mana yg terkandung didalam Al Quran.

Rahmat:Ya-Allah Ya-Rahman, bantulah aku untuk memperkasakan diriku dengan pengetahuan ilmu Al-Quran, sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon dan kepadaMu aku berserah.

BDQ – Tadabbur Surah Surah Al An’aam Ayat No.79

Tadabbur oleh Cik

Maksud ayat ini ialah : Sesungguhnya aku menghadapkan diriku, kepada Tuhan yg menciptakan langit dan bumi, cenderung kpd agama yg benar dan aku bukanlah termasuk org yg mempersekutukan Tuhan.

Apakah Tadabbur dari Cik:
Nabi Ibrahim Alaihissalam, menghadapkan diri kepada Tuhan yg menciptakan langit dan bumi yang menuju agama yg benar, yg tidak mempersekutukan Tuhan.

Tazakkur dari Cik

Peringatan: Ingat Cik, Jangan engkau berpaling dari agama Islam, sesungguhnya agama Islam adalah agama yg benar.

Penawar: Leganya, saya telah berada dalam agama Allah dari awal permulaan Lagi.

Petunjuk: Saya jelas, untuk terus mengesakan Allah agar saya tidak termasuk dalam golongan org yg mempersekutukan Allah.

Rahmat:Ya-Allah Ya-Rahman sesungguhnya Islam adalah agamaku, maka teguhkan- lah pendirianku agar aku tidak goyah untuk terus beriman kpdMu.

BDQ – Tadabbur Surah Surah Al An’aam Ayat No.77

Tadabbur oleh Cik

Maksud ayat ini ialah : Kemudian tatkala dia melihat bulan muncul, dia berkata ‘ Inilah Tuhanku’ tetapi setelah bulan itu terbenam dia berkata, Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kpdku, pastilah aku termasuk org yg sesat.

Apakah Tadabbur dari Cik:
Kaum Nabi Ibrahim Alaihissalam tatkala dia melihat bulan muncul, dia berkata, ‘ Inilah Tuhanku’ dan setelah bulan itu terbenam, dia berkata ‘ sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kpdku, pasti aku termasuk org yg sesat’.

Tazakkur dari Cik

Peringatan: Ingat Cik, untuk mencari / mempercayai sesuatu yg tidak jelas/nyata sukar untuk diterima, Yakinlah dgn kekuasaanNya, engkau akan menemuinya.

Penawar: Leganya, Allah telah menurunkan warisannya (Al-Quran)kepada umat manusia dan saya amat beruntung kerana beramal dgnnya.

Petunjuk: Saya jelas, untuk tidak meragui kekuasaan Allah dan Al-Quran tiada sebarang syak pdnya, datangnya dari Allah serta kesempurnaannya dan menjadi petunjuk kpd hambanya yang hendak bertaqwa.

Rahmat:Ya-Allah Ya-Rahman, sesungguhnya tiada Tuhan yg berhak disembah selain dari Mu, Engkaulah yg mencipta dan memberi segala-galanya,, kurniakanlah rahmat kpdku, hanya Engkaulah sahaja sebaik-baik pemberi Rahmat.

BDQ – Tadabbur Surah Surah Al An’aam Ayat No.73

Tadabbur oleh Cik

Maksud ayat ini ialah : Dan Dialah yg menciptakan langit dan bumi dgn kebenaranNya dan benarlah sepertimana firmanNya ‘Jadilah maka terjadilah dan di tangannyalah segala kekuasaan. pada waktu sangkala ditiup Dia mengetahui yang ghaib dan yang nyata dan Dialah yg Maha bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Apakah Tadabbur dari Cik:
Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan kebesaranNya hanya dengan berfirman, ‘Jadilah maka terjadilah dengan kekuasaanNya dan Allah juga mengetahui yg ghaib dan yang nyata, Allah Maha bijaksana & Maha mengetahui.

Tazakkur dari Cik

Peringatan: Ingat Cik, semua yg ada dan apa yg terjadi di langit dan di bumi adalah dengan kekuasaan Allah.

Penawar: Leganya. Allah akan melipat gandakan ganjaran sekiranya saya sentiasa bersyukur dengan nikmat yg diberi.

Petunjuk: Saya jelas, Allah berkuasa atas segala-galanya,
Saya perlu berusaha dan berdoa kepadaNya untuk memohon dan mensyukuri apa yg diingini dan apa yg dinikmati.

Rahmat:Ya-Allah Ya-Rahman, setiap hari aku menikmati ‘afiat pemberianMu dan terjaganya dosa-dosaku, maka sempurnakanlah nikmat Mu, ‘ afiat Mu dan pemeliharaan Mu ke atas diriku serta saudara-saudara seislamku; di dunia dan di akhirat.

BDQ – Tadabbur Surah Surah Al An’aam Ayat No 66

Tadabbur oleh Cik

Maksud ayat ini ialah : Dan kaummu mendustakan (azab) sesungguhnya (azab) itu benar, katakanlah ‘Aku ini bukanlah org yg diserahkan mengurus urusan kamu’

Apakah Tadabbur dari Cik:
Orang musyrik telah mendustakan kebenaran (Al-Quran) sesungguhnya (Al-Quran) itu benar dan nyata.

Tazakkur dari Cik

Peringatan: Ingat Cik. Beramalah dgn Al-Quran, engkau akan dapat segala-galanya di situ.

Penawar: Leganya saya, saya dapat menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam menjalani kehidupan untuk menjadi hambaNya yg beriman.

Petunjuk: Saya jelas, untuk beriman dan beramal kepada Al-Quran.

Rahmat:Ya-Allah Ya-Rahman sesungguhnya tetapkanlah hatiku untuk terus menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan panduan dalam menjalani kehidupan seharian di atas bumi ini.

BDQ – Tadabbur Surah Surah Al An’aam Ayat No 63

Tadabbur oleh Cik

Maksud ayat ini ialah : Katakanlah ‘Siapa yg dapat menyelamatkan kamu daripada bencana di dapat dan di laut, yg kamu berdoa kpdNya dgn merendah diri dan suara yg lembut?’ Dengan mengatakan “Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kamu dari (bencana) ini, tentulah kami menjadi org yg bersyukur.

Apakah Tadabbur dari Cik:
Siapa yg dpt menyelamatkan kamu drpd bencana di darat dan laut, yg kamu berdoa kpdNya dgn merendah diri dan suara yg lembut, dgn mengatakan “Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kamu daripada (bencana) ini ketahuilah kami menjadi org yg bersyukur.

Tazakkur dari Cik

Peringatan: Ingat Cik, segala apa yg berlaku samada di darat dan di laut adalah dengan kehendak Allah, Berdoalah dengan bersungguh-sungguh supaya dijauhkan dari sebarang malapetaka..

Penawar: Leganya, Allah Maha berkuasa, saya perlu sentiasa berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah hindari dari sebarang bencana.

Petunjuk: Saya jelas, hanya Allah yg boleh menyelamatkan hambanya dari sebarang bencana dan sentiasalah berdoa untuk mendapat pertolongan dariNya.

Rahmat:.Ya-Allah Ya-Rahman lindungilah aku serta seluruh umat manusia yang beriman dengaMu dari segala bencana yg datang dari darat ataupun laut, sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon dan kepadamu aku berserah.

BDQ – Tadabbur Surah Surah Al An’aam Ayat No.57

Tadabbur oleh Cik

Maksud ayat ini ialah : Katakanlah ‘Sesungguhnya aku berada di atas hujah yg nyata (Al-Quran) drpd Tuhanku. Sedangkan kamu mendustakannya, bukan sewenang-wenangnya (utk menurunkan azab) yg kamu tuntut utk disegerakan, kedatangannya. Penetapan hukum itu hanyalah hak Allah, Dia menerangkan kebenaran dan Dia juga pemberi keputusan yg paling baik.

Apakah Tadabbur dari Cik:
Sesungguhnya Aku berada di atas hujah kebenaran yg nyata (Al-Quran) drpd Allah sdgkan kamu mendustakannya, bukan mudah utk menurunkan azab seperti yg kamu minta utk disegerakan kedatangannya, penetapan hukuman, itu hanyalah hak Allah,

Tazakkur dari Cik

Peringatan: Ingat Cik. Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan & petunjuk dlm menjalani kehidupan seharian.

Penawar: Leganya, Allah telah menurunkan Al-Quran untuk dijadikan panduan dan petunjuk bagi hambaNya yg beriman.

Petunjuk: Saya jelas, Al-Quran diturunkan oleh Allah sebagai panduan dan petunjuk bagi seluruh umat manusia dan saya perlu beriman dgnNya.

Rahmat:Ya-Allah Ya-Rahman sesungguhnya segala puji bagiMu, yg telah memberi ku segala nikmat kehidupan (dlm Islam)sebagai hambamu.

BDQ – Tadabbur Surah Ali Imran Ayat 200

Tadabbur oleh Norimah

Maksud ayat ini ialah : Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)

Apakah Tadabbur dari Norimah:
Orang-orang beriman bersabarlah menghadapi kesusahan ketika mengerjakan kebajikan. Bersiap sedialah dan bertaqwalah kepada Allah agar berjaya mencapai kemenangan.

Tazakkur dari Norimah

Peringatan: Ingat jangan aku mengalah dan putus asa dalam melakukan perkara kebajikan.

Penawar: Leganya aku jika aku bersabar dan bertaqwa Allah kurniakan kemenangan.

Petunjuk: Jelasnya aku perlu bersabar dalam melakukan perkara-perkara kebaikan dan bertaqwa kepada Allah SWT

Rahmat:Ya Allah kurniakan aku kesabaran dan kuatkanlah kesabaranku didalam perjuanganku. Jadikan aku hambaMu yang bertaqwa agar aku perolehi kejayaan dunia dan akhirat aminnn