BDQ – Tadabbur Surah Surah Al An’aam Ayat No 54

Tadabbur oleh Cik

Maksud ayat ini ialah : Dan apabila org beriman kpd ayat-ayat Kami datang kpdMu, maka katakanlah “Salamun ‘alaikum”, Tuhan telah menetapkan atasNya kasih sayang (iaitu) barang siapa yg berbuat kejahatan lantaran kejahilan, kemudian dia bertaubat setelah mengerjakanmya dan memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Apakah Tadabbur dari Cik:
Apabila datang ayat-ayat Allah kepadamu (org beriman) katakanlah “Salamun ‘alaikum” Allah telah menetapkan atasNya kasih sayang (iaitu) barang siapa yg berbuat kejahatan lantaran kejahilan, kemudian dia bertaubat dan memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.

Tazakkur dari Cik

Peringatan: Ingat Cik, jika kamu telah berbuat kejahatan dan tersedar, maka hendaklah segera memperbertulkan perbuatan tersebut serta bertaubat, Allah akan mengampunkan dosa-dosa mu kerana Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.

Penawar: Leganya. Allah Maha pengampun, saya akan selalu bertaubat serta memohon keampunan dan tidak akan melakukan segala laranganNya, Allah akan ampunkan dosa-dosa saya.

Petunjuk: Saya jelas, apabila bertemu dengan saudara sesama Islam hendaklah dimulakan dengan memberi Salam dan Allah akan mengampunkan hambanya yg segera bertaubat apabila tersedar dari dosa-dosa yg dilakukan.

Rahmat:Ya-Allah Ya-Rahman, ku mohon kpdMu, ampunilah dosa-dosaku yg telah lalu, dosa-dosaku yg terkini dan dosa-dosaku yg akan datang disebabkan kejahilan yg telah ku lakukan samada yg ku sedari ataupun tidak. Sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha penyayang.